Thursday, November 11, 2010

~pertemuan pertama & terakhir~

 Usai solat Isyak,aku mula bersiap-siap untuk keluar makan malam bersama ibu dan  abangku. Aku memilih untuk mengenakan baju berwarna ungu bersama seluar jeans. Nampak kasual tapi tidak mengapa memandangkan aku bukannya akan makan di hotel lima bintang. Aku mula menapak keluar dari rumah dan menuju ke arah kereta dengan hati yang girang gembira.
"meow,meow,meow."
 Aku memandang ke kiri dan kanan. Aku mula mencari dari mana datangnya bunyi tersebut. Tiba-tiba muncul seekor anak kucing menggesel-gesel di kaki ku. Minta dimanja. Lantas,aku pun membongkokkan badanku dan mengusap-usap kepala anak kucing itu. Dan secara tidak sengaja,aku terpandang akan luka yang ada di kaki kucing tersebut.

"Nampak teruk je.Patutlah tadi kucing tu jalan berjengkit-jengkit." Aku bermonolog sendirian. Aku mula mengukir senyuman. 
"Meow,nanti ain balik makan malam ain bubuh ubat ok.Jangan pergi mana-mana  tau,wait for me. Ain kena pergi sekarang.Ibu  dah tunggu dalam kereta." Aku tergelak melihat keletah kucing tersebut yang seakan-akan memahami apa yang aku katakan. Pada ketika itu juga aku bangun dan berjalan menuju kereta.
"Meow,meow,meow,meow." Kucing tadi mula mengikuti aku dari belakang. Seperti tidak mahu melepaskan aku pergi. 
" Kejap je ain pergi. Tunggu tau. Jangan jalan banyak-banyak.Kaki tu sakit. Ada jodoh kita jumpa kejap lagi. " Kataku kepada kucing tersebut.Lagak ku seperti ibu yang sedang memarahi anaknya.  Dan kereta yang aku naiki meluncur laju menuju ke destinasi. Jauh meninggalkan kucing tersebut.

**************************************************************************************

Aku tiba di rumah kira-kira jam 10.30 malam. Aku terus mencari-cari kucing tersebut tapi hampa. Kucing tersebut sudah hilang dari pandanganku. Dengan langkah yang lemah longlai,aku memasuki rumah dengan rasa kecewa.

Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Ibu mengajakku menemaninya untuk mengambil adikku yang baru pulang dari kerja di KLIA. Tanpa membantah,aku pun bersiap ala kadar dan bergerak menuju kereta. Dan...tanpa disangka-sangka,aku bertemu kembali dengan kucing tadi. Aku terlihat kucing tersebut sedang baring di tengah jalan. Aku berlari-lari anak menuju ke arah kucing tersebut.
" Meow,meow."Aku cuba memanggil kucing tersebut namun tiada sahutan. Dalam keadaan malam yang gelap,aku tidak nampak apa yang berlaku sehinggalah ibu menyuluh lampu kereta ke arah kucing tersebut.
 Astarfirullahalazim. Rupanya,aku dan kucing tersebut sudah berada di alam yang berbeza. Mata kucing tersebut tersembul keluar. Badannya umpama di lanyak kereta. Sayu hatiku melihat keadaan kucing tersebut. Sedih dan pilu menekan-nekan jiwaku. Apatah lagi rasa bersalah mencengkam sanubari memandangkan aku sudah berjanji untuk mengubati kucing tersebut tapi tidak kesampaian.
"Maafkan aku kucing. Aku tidak sempat mengotakan janjiku. Semoga kau bahagia di samping PENCIPTA-MU."
***********************************************************************************
ps: kucing berwarna oren putih itu akan tetap dalam ingatanku walaupun itulah kali pertama aku berjumpa dengan kucing tersebut.

mood: masih terkilan dan sedih.Mysis pulak buat hal..
(mysis=student information system bg pelajar-pelajar upsi)

ouhhh.... (T_T)
Categories

3 comments:

ebymardhiah on November 11, 2010 at 9:02 PM said...

ain!! alaa...sdeynya cte ni.. T.T
kisah benar ke ni ain. sdeyhhh!!

~cikgu ain~ on November 12, 2010 at 6:40 PM said...

greendiary : ye2.based on ture story.
kejadian berlaku pada 10/11/10.
2 hari lepas..
neway,thanx sudi ziarah blog..

~cikgu ain~ on November 12, 2010 at 6:42 PM said...

greendiary: eby rupanya!
cesss,penat wt ayat skema.hahah




Related Posts with Thumbnails
 

< a walk of life > Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!