Friday, November 26, 2010

Picture Of My Life Contest

wow,langkah yang agak berani dari ain untuk join kontest ni buat julung-julung kalinya.ahaha..so,thanks to Cikgu Akim sebab dah mengheret saya ke kontest ni.. :)

mari menuju kejayaan>>klik-klik



 *******************************************

KISAH KAMI...



kami : penuh rahsia persahabatan
2003,
Menjadi detik terindah buat kami. Pertama kali bersua,pertama kali berbual mesra. Tiada rasa malu,tiada pula rasa segan. Umpama kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Di situ,kemesraan kami terjalin,ikatan persahabatn kami simpul dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor menjadi bukti persahabatan suci kami.

Namun,langit tidak selalunya indah. Pasti ada yang berkecil hati,pasti ada yang tidak puas hati. Begitu juga dengan kami. Ada suatu ketikanya,kami sering memencil diri,mencari yang salah,membetulkan apa yang benar. Tapi,ianya hanya untuk seketika. Bagai carik-carik bulu ayam,akhirnya bercantum juga. Dan kami yakin dengan itu!

Kini,
Tujuh tahun berlalu. Kami terpisah jauh merentasi sempadan. Mengejar cita-cita yang sering kami impikan selama ini. Bagi anak-anak kecil,mereka pasti sudah mnginjak dewasa setelah tujuh tahun berlalu. Bagi mereka yang bujang dahulunya,pasti sudah mendirikan rumah tangga setelah tujuh tahun berlalu.Bagi rakan-rakan yang berada di pendalaman,mungkin mereka sudah mula pandai bermain Facebook setelah tujuh tahun berlalu. Tujuh tahun boleh mengubah segalanya,tapi tidak bagi kami. Kami masih mesra,malahan bertambah mesra setelah tujuh tahun. Gambar di atas membuktikan segalanya. Kisah suka duka kami,kisah perjuangan kami mengejar ilmu dan kisah yang hanya kami berdua ketahui. Semuanya tidak akan berakhir disini. Semuanya akan menjadi kenangan terindah buat kami. Kami adalah kami yang saling menghargai apa itu erti persahabatan.

>>> untuk memenuhi syarat pertandingan,saya dengan ini akan tag kontest ini kepada 3 orang sahabat lain :

     1. Shahirah Shaik
     2. Hidayah Shariff
     3. Fazlina Razali

Kepada Tuan Penganjur,inilah kisah saya. Terima kasih daun keladi,lain kali saya join lagi. InsyaAllah.

8 comments:

Aretikz on November 26, 2010 at 2:03 PM said...

Persahabatan keranaNya, pasti akan berkekalan sampai bila2 ^_^ tapi.. gambar contest kat sidebar tu tidak link kan pada blog saya.. lum leh syarat lulus.. huhu..

~cikgu ain~ on November 26, 2010 at 7:48 PM said...

oic..
ok2.boleh edit lagi kn?

☆aDihAys☆ on December 2, 2010 at 2:15 AM said...

sonok kn dpt kawan yg sejati..

all the best..

~cikgu ain~ on December 2, 2010 at 4:41 PM said...

ADIHAYS..
alhamdullilah..semoga semuanya berkekalan..thanx sudi melawat my blog.
:)

Anonymous said...

Sangat posting baik.

roe233 on December 4, 2010 at 10:59 AM said...

hye cikgu ain :)

just to let u know yang ministry of moment ada buat contest and they just extended the deadline till tomorrow at midnight. harap sudi join. :) InsyaAllah kalau menang, winner gets RM2,000 worth of photography package.


detals ada kat blog roe.. jemput join ya? :)

NuSaNa NoSa 91 on December 6, 2010 at 11:54 AM said...

wah3~ terharu.. semoga p'sahabatan itu terus kekal yep.. ^_^

Anonymous said...

Pikir saya akan komentar dan mengatakan tema rapi, apakah Anda membuatnya sendiri? Benar-benar luar biasa!.

Related Posts with Thumbnails
 

< a walk of life > Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!