Sunday, November 7, 2010

~mee udang versi ain~

mee udang ain.yauuuwww.haha

assalamualaikum..
anda lapar? apa kata cuba resepi ni,nak?sedapp woooo..dulu masa study kat matrik Penang,hari-hari nak makan mee udang.Maklum lah,mee udang kan sangat femes di sana. So,tadi sy try la masak mee udang ni.Erkk,xde la susah sangat pun..hehehe 

MEE UDANG

Bahan-Bahan:
1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng
Cara:
  1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

     2.Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.

     3.Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

     4.Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

     5.Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

     6.Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
Tambahan:
Segala bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. Agak-agaklah.
 

thanx to My Resepi sbb sy amek resepi mee udang kat laman sesawang tu la.Cuma saya tak ikut sangat resepi dalam tu.Juz nak tahu bahan-bahan je.

lagipun,mak ada cakap,kalau nak masak-masak..tak payah ikut sangat resepi.main campak-campak & ikut rasa.Baru best. Resepi tu sekadar panduan je.ok2,sy pun dengar je la sebab mak kan orang tua orang yang lebih berpengalaman,lagi pakar bab masak-masak ni.

panjang lebar pulak dah.Lapar dah ni.Jom Makan!!

ni air rebusan udang..air ni yang akan jadi kuah nanti.step num 3 


step num 2~
nak tunggu kuah masak.x sabar nye..

jeng3..dah pun siap.sila la makan..jangan malu2.
ps: ain x gne belacan & limau kasturi sebab xde kat rumah.tapi still sedap.hahah.Selamat mencuba! :)

   SI KUAT MAKAN,


 ~~
Categories ,

0 comments:




Related Posts with Thumbnails
 

< a walk of life > Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!