Saturday, February 25, 2012

Antara tahu & sedar,antara pengajar & pendidik~

Assalamualaikum bloggers!

Hari ni tergerak hati nak menulis pulak..memandangkan Ain bakal melibatkan diri dlm profession keguruan ,so.. I guess entry ni boleh la dimanfaatkn bersama2 dgn rakan- rakan perjuangan yg lain,insyaAllah .

Act,apa yg akan Ain sampaikan ni Ain ambil dr buku bertajuk 'beduk diketuk' oleh penulis Pahrol Mohd Juoi.mungkin ada yg tak berkesempatan nak baca buku tu kan,so,Ain nak share sikit ape yg Ain dh baca dgn u olls semua.. ;)

1st of all,jom kita berfikir sejenak..apa beza tahu &  sedar?   haaaaaa, mcm ni ,

~Tahu di akal,sedar di hati ~
tak paham ??
dengan akal kita mengetahui sesuatu..tetapi hanya dengan hati kita menyedarinya.
masih blur ke?
contohnya laa : kita tahu kita hamba Allah tapi kita masih sahaja melakukan kejahatan sebab apa?sebab kita tak sedar kita ini hamba Allah.
contoh lagi : pelajar sekolah agama pun terlibat dengan jenayah,apatah lagi yg lain.
dan macam-macam lagi perkara yg berlaku.
sebabnya hanya satu,kita hanya tahu tetapi tak sedar.
jadi,bagaimana hendak sedar?
haaa,disini lah munculnya peranan seorang guru,
seorang guru perlulah mendidik bukan sahaja mengajar.
apa bezanya kan ?
ada beza tau..
mengajar ialah memberitahu,menyampaikan dan etc
tetapi mendidik pula mengajak,mendorong,membimbing,memantau dan .....
kalau kita dpt tgk senario yg berlaku sekarang,ramai guru hanya tahu mengajar tetapi sukar sekali unuk mendidik.

contoh ; mengajar solat ialah meyampaikan ilmu ttg sah,batal,rukun,syarat.hasilnya,pelajar tahu untuk bersolat.
tetapi kalau mendidik pula,guru itu menjadi role modelnya.mengajak dan mendorong pelajar untuk bersolat.yang salah dibetulkan,yg malas,kita bg dorongan.hasilnya,pelajar mahu bersolat.

tetapi sekarang,kita kekurangan pendidik dan ramai pengajar.
sememangnya profession keguruan ini dilihat tidak menarik dari segi ganjarannya berbanding bidang-bidang kedoktoran dan sbagaimya.
tapi, u olls tahu ape keistimewaan pendidik?
nak tahu tak?
ilmu adalah amal jariah.pahalanya berterusan selepas kematian.
pendidik pula adalah golongan yg paling dekat dengan tugas para rasul.kerana guru mendidik modal yg paling berharga iaitu modal insan.
kalau jurutera,hanya berdepan dengan mesin dan alatan teknologi tetapi pendidik berhadapan dgn sikap dan peribadi sesorang itu sendiri.
doktor menangani penyakit lahiriah,
pendidik menangani penyakit rohani.
^_^

oleh itu kawan-kawan,
sebagai bakal pendidik,kita wajib memandang tinggi profesion kita sendiri. 
jangan kesal kalau diri kita tidak dihargai tetapi kesalnya jika diri kita benar-benar tidak berharga.

jangan hanya mengajar kerana nanti pelajar hanya tahu,tetapi tidak sedar..


terimas kasih En.Pahrol Mohd Juoi, 
buku-buku anda sememangnya menarik dan berguna.
Buku : Beduk Diketuk.


0 comments:




Related Posts with Thumbnails
 

< a walk of life > Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!