Saturday, May 19, 2012

~Kahwin awal & masa depan?~

bismillahirrahmanirrahim..
< In The Name Of Allah, The Most Gracious and The Most Merciful>

salam bloggers.how was ur day?
harap u olz happy selalu ok..

act,sejak dua tiga menjak ni,ramai la kawan-kawan saya suka post pasal  kahwin ni kt fb. *kwn2 je,diri sendiri post x nak mengaku.haha*

almaklumlaa, boleh dikira ramai juga la kwn2 yang akan melangsungkan perkahwinan mereka tahun ini.
alhamdullilah. semoga semuanya berjalan dengan lancar.sama-sama kita doakan ye.

rasanya,tak payah la nak memanjangkan bicara mengenai kahwin awal ni kan,sebab banyak ustaz,ustazah kat luar sana dah tulis / explain mcm2..
so,entry ini hanyalah sekadar apa yang saya rasakan sebagai seorang anak gadis berumur 22 tahun.
ok?? yeahh~ 

kita selalu dgr kan,
mak ayah pesan : tak payah nak gatal bercinta masa belajar,fikir masa depan dulu.
kan kan.betul tak?
pastu masa dulu-dulu,kita pun masih blur, dan tak nak melawan cakap mak ayah,kita pun jawab : baik mak,baik ayah..
kan kan..

lepas tu, 3 4 tahun..bajet umur 22 tahun la konon,
kita cakap lagi dgn mak ayah :
mak,ayah..kalau nak kawin boleh tak?
mak ayah jawab :
ayah dah pesan apa dulu?hang jgn  loklak merenyam nk kawin awai. cita-cita hang nk jadi doktor tu,hang nk lupakan ka sebab hang dok gatai sgt nk menikah? pikiaq laa masa depan hang dulu nak oii.
* hanya bagi sesetengah ibu bapa ye.
cheq bukan org utara,maap naa kalau salah bahasa.*

lama-lama..saya pun terfikir..dan saya list kan apa saya nak dalam masa depan saya.
yg ni yg paling asas!asas ye..ade byk lagi..tp  yg ni selalunya yg org nak  dan pasti / confirm akan tercapai nnt. 

dkt sikit..highlight colour kuning.iaitu kahwin..nampak tak? KAHWIN..

jadi,persoalan nya disini..bukan kah kahwin itu termasuk dalam masa depan kita?
oleh yang demikian ,
*perghh,cm nk buat esei ilmiah.muahahha*
 
apabila seseorang gadis itu mahu berkahwin awal,bukan bermaksud dia tidak memikirkan masa depannya,bahkan,dia sebenarnya sedang melihat masa depannya.
hahaha..aku tak tahu ayat apa dah yang keluar ni.

persoalan lain ? kalau kahwin nanti pelajaran terabai? alamak,ilmu itu kita kena cari seumur hidup.ilmu itu berterusan.sampai kita ke liang lahad pun,ilmu itu yang akan menjadi teman kita.
apa pulak yang terabai?kalau kita pandai menguruskan masa,insyaAllah tiada apa pun yang sia-sia.betul tak?
cut semua masa layan cerita korea,lepak 3 4 jam kat kedai mamak..cut semua.nanti banyak la masa kita.lagipun kalau betul-betul kita fokus masa belajar, 2 3 jam je dah memadai kan.
pilihan di tangan kita. ^_________^

dan , bila anak gadis itu berhajat untuk berkahwin,perkara tersebut bukanlah perkara main-main. kiranya,seorang gadis itu sudah bersedia memikul tanggungjawab yang bakal ditempuhi nanti.


perihal kewangan?mm,yelaa..kan muda lagi.mana nak cari duit tanggung anak bini.hahaa.kolot nya pemikiran itu.
kerja & belajar. kerja part time.belajar full time.ramai sangat yang kahwin awal,free from financial problem.x percaya?
jom buat herbalife.kikikiki..
frankly speaking, kalau kita nak kan sesuatu,kita akan berusaha capai kan.jadi,same concept here. kalau kita dah ada tanggungjawab,x mungkin la kita nak biarkan je & pastinya kita akan berusaha untuk memenuhi kehendak tanggungjawab tersebut,iye kan?

jadi, kahwin itu sebenarnya tidak menjejaskan pun masa depan kita. Andai ianya kita tempuhi dengan ikhlas,penuh redha,insyaALLAH, kebahagiaan akan menanti kita.
MIND SET tu penting. kalau kita fikir kahwin ni nanti tak bebas, konon jadi cm kuli je..mintak maaf la ye. tolong ubah mind set anda tersebut.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat ) 

lagi satu, siapa cakap lepas kahwin tak boleh berbakti pada ibu bapa ?
apa yang tak boleh nya?boleh je kot
. pilihan di tangan anda. kalau anda sendiri yang memilih tak nak berbakti,memang sampai kiamat la tak  ada apa2 yang anda beri pada ibu bapa anda. . the choice is yours.

penatnya hai menulis.,jom kita sama-sama renungkan ayat dibawah :

Sabda Rasulullah s.a.w:
Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah
-seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t,
-seorang penulis yang selalu memberi penawar dan
-seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani) 

Sabda Rasulullah s.a.w:
Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia.
Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. 
(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

apa lagi yang musykil ? ini janji Allah. percaya lah!
kata-kata terakhir,
all the best.semoga  kita berada dalam Redha Allah.
kadang-kadang,kita perlukan sesuatu yg baru untuk melakukan  perubahan ke atas diri sendiri,iaitu ke jalan  berbunga syurga
kepada ibu bapa di luar sana,jangan la marah jika ada anak anda  ingin berkahwin awal.berbincang dan   tunjukkan cara yang sebetulnya.semoga semuanya dilindungi ALLAH.
sekian,wassalam.



0 comments:




Related Posts with Thumbnails
 

< a walk of life > Copyright © 2010 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!